Sunday, August 21, 2011

Nasi Mendy Daging Cubaan Keduaku!!!


Salam...

Nak share resepi nasi arab kedua yg dibuat....foto baru nak upload ke pc...terus ke resepinya masa amat mencemburuiku!!! Feedback cik abe suka yg versi ini berbanding yg pertama dulu...dah lah lebih senang yg ni so ok jugak masukkan dalam list pilihan keluarga gitu!

Tapi kita buat tambahan makan dengan dalca daging sebab takdak kuah la pulak klu ikut betul2 pure resepinya....

 NASI MENDY KAMBING@LEMBU
***** (kita buat daging lembu jek sebab x makan)

Rujukan:MAJALAH SAJI OGOS 2011
1 kg kambing muda/daging lembu batang pinang
1 kg beras

Bahan A:
1 btg kulit kayu manis
1 s/t buah pelaga
1 s/t lada hitam
1 s/t bunga cengkih
1 s/t jintan manis & jintan putih
6 helai daun bay/daun salam
2 biji lemon
2 labu bawang besar(Holland)
1 cawan minyak zaitun
2 sudu besar rempah mendy/khabsa
garam secukup rasa

Caranya:
-Rebus daging hingga empuk  dengan dgn 1 s/b rempah mendy/khabsa dan hirisan 1 biji bawang besar serta perahan 1 biji lemon.
-Rendam beras 1--15 minit kemudian tus.
-Masukkan minyak zaitun dalam periuk dan tumis rempah mendy@khabsa.Masukkan daun bay ,rempah2 yg lain serta bawang besar & tumis hingga wangi.
-Masukkan air rebusan daging dan beras dan tanak seperti biasa.
-bila nasi hampir kering baru madsukkan daging serta perahan 1 biji lemon.


Sos Arab:(masa blender semua kita tambah air skit baru tos)

2 biji tomato
3 biji cili hijau-potong buang biji
5 btg ketumbar-ambil btg
1 biji lemon
1 s/t gula dan garam secukup rasa
sos arab
Salatah
1 btg timun
2 biji tomato
1 s/t lada hitam
1 sudu besar perahan lemon
1 s/t lada hitam(jika x  suka sila skip)
1 s/b susu cair(jika suka ganti plain yoyurt...juga sedap)
salatah

No comments:

Post a Comment