Wednesday, August 21, 2013

Laksa Qlate

Salam...another resepi to post...

Straight to main topic apa menunya kali ini...haha kerana apa...masa memang mencemburui daku waktu ini!!!

Jom kita makan LAKSA QLATE pulop...menu ini telah diteliti juga disukat bahan2nya padanan utk laksa dengan kuah juga ulam2an..in sha Allah so cadangan hidangan yang amat bersesuaian untuk panduan yang baru nak menerai/mengetest/mencuba...jemput mencuba ok jika dah terliur.


Laksa Kering:
 Anggaran 2 paket/sepaket 450 gm
*cadangan kalau boleh laksa jenis putih bukan yang kenyal utk dipadankan dgn laksa Qlate...lebih sedap & sesuai gitu.



Utk kuah cadangan hidangan(10-15 orang makan);
12-15 ekor selayang/sardin(direbus ambil isi &asingkan tulang blender semua)
2.2-2.5 liter air diperah dgn sebiji atau sebiji setengah kelapa(utk lebih lemak)
2 genggam bawang kecik
5 biji bawang besar saiz kecil
2 ulas bawang putih
Sebuku halia
1 s/b lada hitam
5-8 keping asam keping (letak sedikit2x dulu tgk jenis masamnya)
Garam secukup rasa
Secubit gula


Ulam2an:
Segenggam daun serai kayu jika ada(ini ulam utama)
1/4 biji kubis sederhana saiz
10-12 batang kacang panjang
2-3 batang bunga kantan
Kacang cambah or taugeh(seringgit)
2 biji timun
Segenggam daun kesum
3 biji limau nipis



Sambal Lado:
3 biji cili hijau+3 biji cili merah+6 biji cili burung +perahan sebiji limau nipis+sebuku belacan bakar+sebiji bawang bakar}diblender dgn sedikit air masak.Masukkan garam & gula secukup rasa.

Ok sekian,selamat mencuba untuk penggemar masakan dari Pantai Timur khasnya...cuba dulu baru tau sedap ke tidak.

No comments:

Post a Comment